Program Khidmat Masyarakat di SK Pulau Perhentian |
Bulan Februari 2012 aku mendaftar di UniSZA sebagai pelajar DPLI untuk
bidang Teknologi Maklumat. Dalam erti kata lain, bakal cikgu IT la. Kira tak
lari jauh la dari bidang ijazah aku sebelum ni. Perasaan bercampur baur,
seronok nak kembali belajar, takut pun ada nak menempuhi dunia sebagai pelajar.
Jika sebelum ni asyik mengajar je. Kali ni bertukar situasi. Dipendekkan cerita
dapat kawan baru, dapat kawan baik baru dapat pensyarah baru dapat semuanya
baru-barulah. Situasi baru, persekitaran baru dan pastinya perasaan yang baru.
Sekali lagi aku bersyukur sangat-sangat dipertemukan dengan situasi yang menyeronokkan
seperti ni yang pasti menjadi antara memori indah dalam hidupku.
Masa mula-mula dapat tawaran ke UniSZA, terdetik juga di
hati, universiti ni kurang popular berbanding IPTA lain. Lumrah seorang
manusia, inginkan sesuatu yang ternama, termasuklah diriku. Nyata kusilap. Yang
ternama dan gemilang tak semestinya terbaik untuk kita. Perancangan Allah tetap
terbaik. Tak perlu dipertikaikan aturan yang telah ditetapkan. Sebelum ni aku
pernah berjanji dengan diri sendiri untuk menjadi insan yang lebih baik dan
moga dipertemukan dengan insan-insan dan situasi yang boleh membawaku ke arah
kebaikan bukan sebaliknya. Maka, UniSZA sememangnya universiti yang lebih
kepada ilmu-ilmu agama pastilah banyak kebaikan yang dibawa bersama.
Alhamdulillah, banyak perkara yang aku belajar di sini selain ilmu pendidikan
yang menjadi misi utama. Berada dalam persekitaran orang-orang hebat dengan
ilmu dunia dan akhirat membuatkan aku kagum dan menyimpan angan-angan untuk
menjadi insan sebaik mereka.
Pejam celik... 2 semester telah berlalu. Kisah suka duka di sini pasti terpahat dalam memori. Semester 3 aku kan mula latihan mengajar atau praktikum di sekolah. Harap-harap semua ilmu sebelum ni dapat dipraktikkan.
No comments:
Post a Comment