Tuesday, July 30, 2013

Selepas 5 bulan ++...

Rupanya dah 5 bulan tak update blog... Pada asalnya blog ni perlu dibuat untuk update aktiviti sepanjang LM (Latihan Mengajar) a.k.a praktikum selama 16 minggu. Ternyata ku masih tak mampu meng'konsisten' kan diri dalam memblog. Kini praktikum pun dah lama habis dan dalam proses menunggu penempatan atau posting. Hari ni dah pun masuk 22 Ramadhan. Tinggal seminggu je lagi nak puasa. Cepat sungguh masa berlalu. Target untuk khatam al-Quran Ramadhan tahun ni macam tahun lalu nampaknya masih jauh. Cuma mampu baca 10 juzuk sahaja setakat ni. Ramadhan pula berbaki 7 hari je lagi. Kalau nak bagi khatam jugak kena masuk gear 5 terus la nampaknya... :)

Sunday, February 10, 2013

Seminggu Cuti Tahun Baru Cina

Selepas seminggu berpraktikum di sekolah, kami bercuti lagi. Sekolah tempat kami menjalani latihan mengajar mengambil cuti seminggu termasuk 2 hari cuti berganti. Kisah praktikal sepanjang minggu lepas, aku akan story dalam entry berikutnya. Sekarang ni aku tengah bertungkus lumus nak menyiapkan portal laman web klien. Esok nak present fasa pertama dalam meeting. Harap-harap dapat la siap dan memenuhi kehendak diorang. Lusa baru boleh sambung fokus siapkan kerja-kerja sekolah pulak. Ya, ku akui aku sedang dalam proses untuk menjadi seorang guru sekolah. Tapi tak ada salahnya untuk ku meneruskan kerja-kerja freelance graphics, web development & training selagi ada permintaan. Insya Allah selagi terdaya, aku kan cuba untuk menguruskan masa dengan sebaik mungkin... ;)


Selamat Tahun Baru Cina buat semua yang menyambutnya. Semoga dalam tahun ular ni, kita semua tak banyak mengular dan sentiasa fokus dalam bekerja. 

Saturday, February 2, 2013

Kembali ke Sekolah

Esok bermulalah episod sebagai guru pelatih a.k.a cikgu praktikal. Rasa agak berdebar nak kembali menjejakkan kaki ke sekolah. Tapi apa pun redah je lah. Harap-harap semua berjalan lancar. Semoga pihak pentadbir, guru-guru, kakitangan dan pelajar-pelajar dapat menerima kehadiranku sebagai cikgu praktikal dalam masa 4 bulan ke depan ni.


Friday, January 25, 2013

Kisah di UniSZA...

Program Khidmat Masyarakat di SK Pulau Perhentian


Bulan Februari 2012 aku mendaftar di UniSZA sebagai pelajar DPLI untuk bidang Teknologi Maklumat. Dalam erti kata lain, bakal cikgu IT la. Kira tak lari jauh la dari bidang ijazah aku sebelum ni. Perasaan bercampur baur, seronok nak kembali belajar, takut pun ada nak menempuhi dunia sebagai pelajar. Jika sebelum ni asyik mengajar je. Kali ni bertukar situasi. Dipendekkan cerita dapat kawan baru, dapat kawan baik baru dapat pensyarah baru dapat semuanya baru-barulah. Situasi baru, persekitaran baru dan pastinya perasaan yang baru. Sekali lagi aku bersyukur sangat-sangat dipertemukan dengan situasi yang menyeronokkan seperti ni yang pasti menjadi antara memori indah dalam hidupku.

Masa mula-mula dapat tawaran ke UniSZA, terdetik juga di hati, universiti ni kurang popular berbanding IPTA lain. Lumrah seorang manusia, inginkan sesuatu yang ternama, termasuklah diriku. Nyata kusilap. Yang ternama dan gemilang tak semestinya terbaik untuk kita. Perancangan Allah tetap terbaik. Tak perlu dipertikaikan aturan yang telah ditetapkan. Sebelum ni aku pernah berjanji dengan diri sendiri untuk menjadi insan yang lebih baik dan moga dipertemukan dengan insan-insan dan situasi yang boleh membawaku ke arah kebaikan bukan sebaliknya. Maka, UniSZA sememangnya universiti yang lebih kepada ilmu-ilmu agama pastilah banyak kebaikan yang dibawa bersama. Alhamdulillah, banyak perkara yang aku belajar di sini selain ilmu pendidikan yang menjadi misi utama. Berada dalam persekitaran orang-orang hebat dengan ilmu dunia dan akhirat membuatkan aku kagum dan menyimpan angan-angan untuk menjadi insan sebaik mereka.

Pejam celik... 2 semester telah berlalu. Kisah suka duka di sini pasti terpahat dalam memori. Semester 3 aku kan mula latihan mengajar atau praktikum di sekolah. Harap-harap semua ilmu sebelum ni dapat dipraktikkan. 


Wednesday, January 23, 2013

Cepat sungguh masa berlalu...

Cepat sungguh masa berlalu... Dah masuk 2013 rupanya. Rasa macam sekejap sangat tahun 2012. Tahun yang agak menggembirakan dan menghiburkan apabila kembali menjadi mahasiswa universiti atau lebih tepat digelar mahasitua... hehe. Kembali menjadi pelajar dalam usia sebegini merupakan perkara yang tak pernah disangka sebenarnya. Tinggal di asrama bersama adik-adik belasan tahun dan awal 20-an membuatkan diri ini terasa muda seketika... huhu. Apapun aku sangat bersyukur akhirnya impian untuk bergelar guru kini hampir tercapai dengan tawaran mengikuti kursus pra perkhidmatan perguruan (DPLI) di Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA).


Kisah untuk menjadi guru ni agak menarik untuk dikongsi. Satu ketika dahulu aku sangatlah tidak berminat untuk menjadi seorang guru. Walaupun 3 daripada adik beradikku bergelar guru, namun 'feel' nak jadi cikgu tak pernah sampai kepadaku. Maklumlah impianku setinggi gunung nak jadi IT expert merangkap usahawan bidang IT yang berjaya. Tapi takdir Allah mengatasi tadbir manusia. Mungkin juga ibuku yang terlalu mengharapkan untuk aku menjadi seorang guru akhirnya membawaku ke sekolah sebagai seorang guru ganti. Itu pun setelah aku terpaksa berhenti kerja sebagai IT exec apabila syarikat tersebut ditutup disebabkan masalah kewangan. Bermula dengan guru ganti, bibit-bibit perasaan seronok mengajar dan mendidik mula timbul dalam diri. Pengalaman sebagai GSTT kemudiannya semakin menimbulkan lagi perasaan cinta dengan profesion guru. Walaupun hanya berstatus kontrak, ku cuba untuk memberikan yang terbaik.

Selepas hampir 2 tahun berkhidmat, kontrakku sebagai guru akhirnya ditamatkan. Permohonan untuk sambung kontrak, mengikuti kursus perguruan semuanya gagal. Diri ini terasa hampir berputus asa dan tidak lagi menaruh harapan untuk bergelar guru. Namun jauh di sudut hati, aku tidak pernah berhenti berdoa agar impianku untuk menjadi seorang pendidik tercapai. Aku masih ingat lagi, dalam bulan Ramadhan, doa yang ku pohon sebelum berbuka adalah semoga impianku untuk bergelar guru akan tercapai. Orang kata, doa sebelum berbuka puasa ini Allah tak tolak. Cuma masa bila Dia nak makbulkan tu bukanlah kuasa kita. Bila dah berdoa kita cuma perlu yakin dan serahkan yang selebihnya pada Allah. Dia lebih tahu waktu yang tepat untuk memakbulkan segala permintaan kita. Maka, aku teruslah meminta pada yang berhak, yang paling berkuasa. Akhirnya doaku dimakbulkan di kala aku tidak lagi mengharap, di kala aku sudah mengatur perancangan dalam bidang yang lain. Sehinggakan di kala menerima tawaran tersebut, aku teragak-agak sama ada aku perlu meneruskan perancangan atau kembali menjadi guru. Namun, Alhamdulillah, aku akhirnya tersedar yang ini adalah permohonanku kepada-Nya selama ini. Mana mungkin aku menolak.

Next entry la pulak sambung kisah kat kampus sebagai pelajar... ;)


Selepas final exam - paper terakhir... ;)



Friday, November 30, 2012

Blog baru lagi... untuk kesekian kalinya

Nampaknya kali ni aku terasa nak berblog lagi... Entah blog nombor berapa aku pun tak pasti. Blog yang dulu guna wordpress, tapi hosting .co.cc dah tak valid lagi. So, kali ni aku nak try guna blogspot pulak. Harap-harap kali ni angin kerajinan untuk menulis akan berkekalan, paling tidak pun mampu bertahan dalam tempoh yang agak lama. Dalam kepala memang banyak sangat benda nak tulis... harap-harap benda-benda yang bersarang di kepala ni mampu dikeluarkan kat blog ni untuk dikongsi bersama.