Wednesday, January 23, 2013

Cepat sungguh masa berlalu...

Cepat sungguh masa berlalu... Dah masuk 2013 rupanya. Rasa macam sekejap sangat tahun 2012. Tahun yang agak menggembirakan dan menghiburkan apabila kembali menjadi mahasiswa universiti atau lebih tepat digelar mahasitua... hehe. Kembali menjadi pelajar dalam usia sebegini merupakan perkara yang tak pernah disangka sebenarnya. Tinggal di asrama bersama adik-adik belasan tahun dan awal 20-an membuatkan diri ini terasa muda seketika... huhu. Apapun aku sangat bersyukur akhirnya impian untuk bergelar guru kini hampir tercapai dengan tawaran mengikuti kursus pra perkhidmatan perguruan (DPLI) di Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA).


Kisah untuk menjadi guru ni agak menarik untuk dikongsi. Satu ketika dahulu aku sangatlah tidak berminat untuk menjadi seorang guru. Walaupun 3 daripada adik beradikku bergelar guru, namun 'feel' nak jadi cikgu tak pernah sampai kepadaku. Maklumlah impianku setinggi gunung nak jadi IT expert merangkap usahawan bidang IT yang berjaya. Tapi takdir Allah mengatasi tadbir manusia. Mungkin juga ibuku yang terlalu mengharapkan untuk aku menjadi seorang guru akhirnya membawaku ke sekolah sebagai seorang guru ganti. Itu pun setelah aku terpaksa berhenti kerja sebagai IT exec apabila syarikat tersebut ditutup disebabkan masalah kewangan. Bermula dengan guru ganti, bibit-bibit perasaan seronok mengajar dan mendidik mula timbul dalam diri. Pengalaman sebagai GSTT kemudiannya semakin menimbulkan lagi perasaan cinta dengan profesion guru. Walaupun hanya berstatus kontrak, ku cuba untuk memberikan yang terbaik.

Selepas hampir 2 tahun berkhidmat, kontrakku sebagai guru akhirnya ditamatkan. Permohonan untuk sambung kontrak, mengikuti kursus perguruan semuanya gagal. Diri ini terasa hampir berputus asa dan tidak lagi menaruh harapan untuk bergelar guru. Namun jauh di sudut hati, aku tidak pernah berhenti berdoa agar impianku untuk menjadi seorang pendidik tercapai. Aku masih ingat lagi, dalam bulan Ramadhan, doa yang ku pohon sebelum berbuka adalah semoga impianku untuk bergelar guru akan tercapai. Orang kata, doa sebelum berbuka puasa ini Allah tak tolak. Cuma masa bila Dia nak makbulkan tu bukanlah kuasa kita. Bila dah berdoa kita cuma perlu yakin dan serahkan yang selebihnya pada Allah. Dia lebih tahu waktu yang tepat untuk memakbulkan segala permintaan kita. Maka, aku teruslah meminta pada yang berhak, yang paling berkuasa. Akhirnya doaku dimakbulkan di kala aku tidak lagi mengharap, di kala aku sudah mengatur perancangan dalam bidang yang lain. Sehinggakan di kala menerima tawaran tersebut, aku teragak-agak sama ada aku perlu meneruskan perancangan atau kembali menjadi guru. Namun, Alhamdulillah, aku akhirnya tersedar yang ini adalah permohonanku kepada-Nya selama ini. Mana mungkin aku menolak.

Next entry la pulak sambung kisah kat kampus sebagai pelajar... ;)


Selepas final exam - paper terakhir... ;)



No comments:

Post a Comment