Selamat Tahun Baru Cina buat semua yang menyambutnya. Semoga dalam tahun ular ni, kita semua tak banyak mengular dan sentiasa fokus dalam bekerja.
Sekadar berkongsi secebis kisah kehidupan di atas muka bumi... kehidupan sementara yang membawa seribu makna dan pengertian yang berbeza bagi setiap insan... kisahku... kisahmu... kisah dia... kisah mereka pasti berbeza... kerana kita semua adalah berbeza walaupun sama-sama bergelar manusia... ;)
Sunday, February 10, 2013
Seminggu Cuti Tahun Baru Cina
Selepas seminggu berpraktikum di sekolah, kami bercuti lagi. Sekolah tempat kami menjalani latihan mengajar mengambil cuti seminggu termasuk 2 hari cuti berganti. Kisah praktikal sepanjang minggu lepas, aku akan story dalam entry berikutnya. Sekarang ni aku tengah bertungkus lumus nak menyiapkan portal laman web klien. Esok nak present fasa pertama dalam meeting. Harap-harap dapat la siap dan memenuhi kehendak diorang. Lusa baru boleh sambung fokus siapkan kerja-kerja sekolah pulak. Ya, ku akui aku sedang dalam proses untuk menjadi seorang guru sekolah. Tapi tak ada salahnya untuk ku meneruskan kerja-kerja freelance graphics, web development & training selagi ada permintaan. Insya Allah selagi terdaya, aku kan cuba untuk menguruskan masa dengan sebaik mungkin... ;)
Saturday, February 2, 2013
Kembali ke Sekolah
Esok bermulalah episod sebagai guru pelatih a.k.a cikgu praktikal. Rasa agak berdebar nak kembali menjejakkan kaki ke sekolah. Tapi apa pun redah je lah. Harap-harap semua berjalan lancar. Semoga pihak pentadbir, guru-guru, kakitangan dan pelajar-pelajar dapat menerima kehadiranku sebagai cikgu praktikal dalam masa 4 bulan ke depan ni.
Subscribe to:
Posts (Atom)